PENOLONG
Enam bulan kemudian.
Berhampiran dengan rumah kami ada sebuah gedung besar berpekarangan yang cukup luas;
dalam perkarangan itu ada juga ditanam buah-buahan yang lazat seperti sauh dan
rambutan.Rumah itu lama tinggal kosong, kerana tuannya seorang Belanda telah balik ke Eropah
dengan mendapat pencen. Yang menjaga rumah itu selama ini adalah seorang jongos tua.
Khabarnya konon rumah itu akan dijual, sebab tuan itu tidak balik lagi ke negeri ini. Selama itu
kerap kali kami datang ke situ meminta buah rambutan dan sauh kepada Pak Leman. Demikian
juga nama jongos tua itu.
Tiba-tiba rumah itu diperbaiki, kerana telah dibeli oleh seorang saudagar tua yang hendak
berhenti dari berniaga. Ia akan hidup pada hari tua dengan senang, sebagai berehat daripada
pekerjaannya yang berat pada masa ia muda memakan hasil daripada rumah-rumah sewa yang
banyak di Padang dan di Bukit Tinggi, demikian juga sawah-sawahnya yang luas di sebelah Paya
Kumbuh dan Lintau.
Setelah rumah itu selesai diperbaiki, pindahlah orang hartawan itu ke sana bersama dengan isteri
dan seorang anak perempuannya. Di hadapan rumah itu di atas batu marmar yang licin ada
tertulis perkataan; Haji Jaafar.
Tiap-tiap pagi saya lalu di hadapan rumah itu menjunjung nyiru berisi goring pisang, mata saya
sentiasa memandang ke jendela-jendelanya yang berlangsir kain sutera kuning, hendak melihat
keindahan perhiasan rumahnya. Fikiran saya menjalar, memikirkan kesenangan hati orang yang
tinggal dalam rumah itu, cukup apa yang dimakannya dan diminumnya; airliur saya meleleh bila
saya ingat, bahawa kami di rumah kadang-kadang makan, kadang-kadang tidak. Setelah saya
meninggalkan halaman rumah itu, maka dengan suara yang merawankan hati saya panggilkan
jualan saya; "Beli goreng pisang! Masih panas!"
Lama kelamaan tertariklah perempuan yang setengah tua itu hendak memanggil jualan saya,
demikian juga anaknya. Pernah kedengaran oleh saya ia berkata: " Panggillah Nab kesian juga
saya!"
Perempuan itu suka memakan sirih, mukanya jernih, peramah dan penyayang. Pak Leman yang
telah menjadi jongos untuk memelihara perkarangan itu, belum pernah dapat suara keras
daripadanya. Anak perempuannya itu masih kecil, sama dengan saya. Apa perintah ibunya diikuti
dengan patuh, rupanya ia amat disayangi kerana anaknya hanya seorang itu.
Sudah dua tiga kali saya datang ke rumah indah dan bagus itu; setiap kali saya datang bertambah
sukanya melihat kelakuan saya dan belas kasihan akan nasib saya. Pada suatu hari perempuan itu
bertanya kepada saya; " Di mana engkau tinggal anak, dan siapa ayah bondamu?"
" Saya tinggal dekat sahaja di sini mak"-jawab saya. " Itu rumah tempat kami tinggal, di seberang
jalan. Ayah saya telah mati dan saya tinggal dengan ibu saya. Beliaulah yang membuat kuih-kuih
ini; pagi-pagi saya berjual goreng pisang dan kalau petang biasanya menjual rakit udang (jengket
udang) atau godok perut ayam."
" Berapakah keuntungan sehari?" tanyanya pula.
" Tidak tentu, mak. Kadang-kadang kalau untung baik dapat setali (25 sen), Kadang-kadang kalau
kurang dari itu, sekadar cukup untuk kami makan setiap hari…."
" Kasihan…." – katanya sambil menarik nafas.
Setelah itu ia berkata pula: " Bawalah ibumu nanti petang kemari, katakana mak yang baru
pindah ke rumah ini hendak berkenalan dengan ibu."
" Saya mak, ibu saya kurang benar keluar dari rumah."
" Suruh lah sahaja kemari, katakan mak perlu hendak bertemu."
" Baiklah kalau begitu , mak" – jawab saya.
Setelah itu saya pun pulang, sampai di rumah saya katakanlah kepada ibu perkataan orang di
gedung besar itu. Mula-mula ibu seakan-akan hendak bertempik, dia agak marah kepada saya,
kalau-kalau saya telah berlangsung mulut menerangkan untung nasib diri kepada orang lain.
Tetapi setelah mendengar keterangan saya, hatinya pun senang. Pada petangnya takut-takut
cemas pergilah dia ke rumah besar itu.
Meskipun ibu saya merasa malu-malu dan insaf akan kerendahan darjatnya, Mak Asiah, demikian
nama isteri Engku Haji Jafar itu, sekali-kali tiada meninggikan diri, sebagai kebiasaan
perempuan-perempuan isteri orang hartawan atau orang berpangkat yang lain. Bahkan ibuku
dipandangnya sebagai saudaranya, segala nasib dirinya dan penanggungan ibu didengarnya
dengan tenang dan muka yang rawan, kadang-kadang ia pun turut menangis waktu ibu
menceritakan hal yang sedih-sedih. Sehingga waktu cerita itu habis, terjadilah di antara keduanya
persahabatan yang kental, harga menghargai dan cinta menyintai.
Semenjak itu saya sentiasa datang ke rumah itu. Saya sudah beroleh seorang adik yang tidak
berapa tahun kecilnya daripada saya, yaitu anak perempuan di gedung besar itu, Zainab namanya.
Peribahasa yang halus dari Mak Asiah, adalah didikan juga daripada suaminya, seorang hartawan
yang amat peramah kepada fakir dan miskin. Konon khabarnya, kekayaan yang di dapatnya itu
adalah daripada usahanya sendiri dan titik peluhnya, bukan waris daripada orang tuanya.
Dahulunya dia seorang yang melarat juga, tetapi berkat yakinnya, terbukalah baginya pintu
pencarian. Sungguhpun ia telah kara-raya, sekali-kali tidaklah ia lupa kepada keadaannya tempoh
dahulu, ia sangat insaf melihat orang-orang yang melarat, lekas memberi pertolongan kepada
orang yang berhajat.
Pada suatu pagi saya datang mendapatkan ibu saya dengan perasaan yang sangat gembira,
membawa khabar suka yang sangat membesarkan hatinya, iaitu esok Zainab akan dihantarkan ke
sekolah dan saya akan dibawa sama. Saya akan disekolahkan dengan belanja Haji Engku Jaafar
sendiri bersama-sama anaknya.
Mendengar perkataan itu bercucuran airmata ibuku kerana sukacitanya, kejadian selama ini yang
sangat diharap-harapnya.
Esok paginya, saya saya tidak menjunjung nyiru tempat kuih lagi, tetapi telah pergi ke sekolah
menjunjung batu tulis. Agaknya dua macam faedah yang akan diambil oleh Engku Haji Jaafar
menyerahkan saya, pertama untuk menolong saya, kedua untuk jadi teman anaknya. Saya pun
insaf, lebih-lebih setelah beberapa nasihat daripada ibuku. Zainab telah saya pandang sebagai
adik kandung, saya jaga daripada gangguan murid-murid yang lain. Lepas dari sekolah kerapkali
saya datang dengan ibu ke rumah besar itu, kalau-kalau ada yang patut kami Bantu dan kami
tolong, kerana kami telah dipandang sebagai anggota rumah yang besar itu.
Umur saya lebih tua daripada Zainab dua tahun. Meskipun saya hanya anak yang beroleh
pertolongan daripada ayahnya, sekali-kali tidaklah Zainab menganggap saya sebagai orang lain
lagi, tidak pula ia pernah mengangkat diri, agaknya kerana kebaikan didikan ayah-bondanya.
Cuma di sekolah, anak-anak orang kaya kerapkali menggelakkan saya anak yang berjual goreng
pisang telah bersekolah bersama-sama dengan anak orang hartawan.
Dua perkataan yang manis, yang timbul daripada hati yang suci, telah merapatkan kami,
perkataan itu ialah abang dan adik.
Sampai sekarang, saya masih teringat nikmat kehidupan dalam dunia anak-anak yang kerapkali
diratapi oleh ahli-ahli sya`ir, yang hanya datang sekali ke alam manusia selama hidupnya. Waktu
itu bila pulang dari sekolah, saya dan Zainab bersama teman-teman kami yang lain berlari-lari,
berkejar-kejaran dan bermain galah dalam perkarangan rumahnya, memanjat pohon rambutan
yang sedang ranum, kekadang bercari-carian dan bersorak-sorak. Waktu itu ibuku dan ibunya
sedang duduk di beranda belakang; ibuku sentiasa merendahkan diri, melihat kami yang rasa
sukacita. Kadang-kadang waktu petang kami duduk di beranda muka, membelek buku gambar,
bertengkar dan berkelahi, kemudian damai pula.
Hari Minggu kami diizinkan pergi ke tepi laut. Ke muara atau ke tepi Batang Arau, melihat
perahu pengail yang sedang di lambung-lambungkan gelombang di tengah lautan yang luas, kain
layarnya dipuput oleh angin yang menghantarkannya ke tengah, akan mencari rezekinya. Negeri
Pariaman hijau nampaknya dari jauh, ombak memecah dan menderum tiada berhenti memukul
pasir tepi itu. Di sana kami berlari-larian mengejar ambai-ambai yang segak dan lekas lari ke
sarangnya. Kadang-kadang kami buat unggunan pasir sebagai rumah-rumah atau masjid-masjid,
tiba-tiba datang ombak yang agak besar, di hapuskannya unggunan yang kami dirikan itu; anak-
anak perempuan lari ke tepi menyinsingkan tepi bajunya, takut tersiram air laut.
Waktu orang berlimau, sehari akan puasa, kami dibawa ke atas puncak Gunung Padang, kerana di
sanalah ayahku berkubur, dan beberapa famili ibu Zainab. Saya disuruh membawa air wangi
dalam botol. Zainab mambawa bunga-bungaan dan ibuku serta ibunya mengiringi dari belakang.
Semuanya masih tergambar dalam fikiran saya hari ini, masih saya ingat bahawa persaudaraan
kami suci dan ikhlas adanya, dari tahun berganti tahun, sampai kami tamat dari sekolah
pertengahan.
Amat besar budi Engku Haji Jaafar kepada saya, banyak kepandaian yang telah saya peroleh
kerana kebaikan budinya itu. Dari sekolah rendah (H.I.S) saya sama-sama naik dengan anaknya
menduduki Mulo. Tetapi setelah tamat dari sana, sekolah kami tak akan disambung lagi, kerana
sebenarnya didikan ibuku amak melekat kepada diri saya, iaitu condong kepada mempelajari
agama. Zainab pun hingga itu pelajarannya, kerana dalam adat orang hartawan dan bangsawan di
Padang, kemajuan anak perempuan itu hanya terbatas hingga Mulo, belum berani mereka
melebihi dari kebiasaan umum, melepaskan anak perempuannya belajar jauh-jauh. Setelat tamat
dari mulo, menurut adat, Zainab masuk dalam pingitan, ia tidak akan dapat keluar lagi kalau tidak
ada satu keperluan yang sangat penting, ini pun harus ditemani oleh ibu atau orang
kepercayaannya, sampai datang masanya bersuami kelak.
Dan saya, bila sekolah itu tamat, akan berangkat ke Padang Panjang, sebab Engku Haji Jaafar
masih sanggup membelanjai saya, apa lagi demikianlah cita-cita ibuku.
APAKAH NAMANYA INI?
Saat yang ditakutkan itu pun telah datang; dengan hati riang, bercampur masyghul, saya terpaksa
meninggalkan bangku sekolah. Riang, kerana saya telah beroleh diploma dan masyghul kerana
berpisah dengan bangku sekolah dan dengan teman-teman. Ertinya masa gembira, masa
menghadapi zaman yang akan datang dengan penuh kepercayaan, telah habis.
Setelah guru membahagikan diploma kami masing-masing dengan bersorak-sorak kami
meninggalkan perkarangan sekolah, kami bersalam-salaman satu dengan yang lain dan guru
memberi kami peringatan, supaya sekolah kami diteruskan bagi siapa yang sanggup
Anak-anak Belanda dan beberapa anak saudagar-saudagar yang mampu, dengan megah
menyatakan di hadapan teman-temannya, bahawa sekolah itu akan diteruskannya; setelah habis
cuti tahunan, mereka akan berangkat ke tanah Jawa mengambung pelajarannya. Saya sendiri,
tidaklah saya khabarkan bahawa saya akan menambah pelajaran agama, kerana selama ini teman-
teman mengejekkan saya, mengatakan saya gila agama.
Yang berasa sedih sangat, adalah anak-anak perempuan yang masuk pingitan (Terkurung di
rumah saja) tamat sekolah bagi mereka ertinya suatu sangkar yang telah sedia buat seekor burung
yang bebas terbang.
Zainab sendiri, semenjak tamat sekolah, ia pun telah tetap dalam rumah, didatangkan baginya
guru dari luar yang akan mengajar berbagai-bagai kepandaian yang perlu bagi anak-anak
perempuan, seperti menyulam, merenda, memasak dan lain-lainnya. Petang hari ia menyambung
pelajarannya dalam perkara agama.
Saya, tidak beberapa bulan setelah tamat sekolah, berangkat ke Padang Panjang, melanjutkan
cita-cita ibu saya dan kerana kemurahan Engku Haji Jaafar juga. Sekolah-sekolah agama yang
ada di situ mudah sekali saya masuki, kerana lebih dahulu saya telah mempelajari ilmu umum;
saya hanya tinggal memperdalam pengertian dalam perkara agama saja, sehingga akhirnya salah
seorang guru memberi fikiran, menyuruh saya mempelajari agama di luar sekolah saja, sebab
kepandaian saya lebih tinggi dalam hal ilmu umum daripada kawan-kawan yang lain.
Demikian lah pelajaran itu telah saya tuntut dengan bersungguh hati, tetapi…. Semenjak mula
saya pindah ke Padang Panjang, sentiasa saya merasa keseorangan. Kian lama saya tinggal dalam
negeri dingin itu, kian terasa oleh saya bahawa saya sebagai seorang yang terpencil. Keindahan
alam yang ada di sekeliling kota dingin itu menghidupkan kenang-kenangan saya kepada hal-hal
yang telah lalu. Gunung Merapi dengan kemuncak tandikat waktu matahari akan terbenam dan
mempertaruhkan jabatan memberi cahaya kepada bulan, singlang yang sentiasa diliputi dengan
kebun-kebun tebunya yang beriak-riak ditiup angin, semuanya membangkitkan perasaan-
perasaan yang ganjil, yang sangat mengganggu fikiran saya.
Saya berasa sebagai seorang yang kehilangan, padahal jika saya periksa penaruhan saya, peti,
meja tulis, kain dan baju semuanya cukup. Teapi badan saya ringan, seakan-akan suatu
kecukupan yang telah kurang.
Saya Cuma ingat, bahawa jika dengan teman-teman sama sekolah saya pergi melihat keindahan
air terjun di Batang Anai atau mendaki Bukit Tuai, atau gua Batu Sungai Anduk, bila masa saya
melihat keindahan ciptaan alam itu, saya ingat alangkah senang hati Zainab jika ia turut melihat
pula. Kerana saya tahu betul bahawa ia seorang anak perempuan yang dalam perasaannya; waktu
sama-sama sekolah, ia sukar benar mendengarkan nyanyian-nyanyian yang sedih, walaupun
nyanyian Barat atau Timur. Bila mana lalu dihadapan rumahnya seorang buta bersama-sama
cucunya yang kecil, kerapkali ia menitikkan airmata. Bagaimanakah perasaannya kelak jikalau
dia ada pula di tempat yang indah itu?
Sentiasa saya hitung pertukaran hari ke bulan dan dari bulan ke tahun. Apabila cuti sekolah bagi
bulan puasa telah hampir, gembiralah hati saya kerana akan dapat saya mengadap ibu saya
memaparkan di hadapannya bahawa ia sudah patut gembira kerana anaknya ada harapan akan
menjadi orang alim dan dapat pula bersimpuh di hadapan Engku Haji Jaafar yang dermawan,
bahawa pertolongannya ada harapan akan berhasil, bersimpuh pula di hadapan Mak Asiah kerana
dengan pertolongannya saja saya telah menjadi orang baik. Kemudian dari itu akan dapat pula
bertemu dengan Zainab. Saya akan nyatakan di hadapannya pengalaman yang telah saya dapat
selama pergi menuntut ilmu, dan saya hadiahkan kepadanya gambar dari "Panorama" keliling
kota Padang Panjang yang saya ambil gambarnya bersama-sama teman sejawat saya. Tentu akan
saya terangkan di hadapannya dengan gembira, dengan besar hati, sehingga ia akan termanggu-
manggu mendengar cerita saya, apa lagi ia amat sukar akan dapat keluar dari lingkungan
rumahnya.
Apabila sekolah saya tutup, segala segala cita-cita yang telah saya reka selama belajar, dan telah
saya susun di jalan antara Padang Panjang dengan Padang semuanya dapat saya jalankan; ibu
saya menitik airmata kerana kegirangannya, Engku Haji Jaafar tersenyum mendengar saya
mengucapkan terima kasih. Mak Asiah memuji-muji saya sebagai seorang anak yang berbudi,
Cuma ketika berhadapan dengan Zainab dalam rumahnya, mulut saya tertutup, saya menjadi
seorang yang bodoh atau pengecut.
" Bila abang pulang?" Katanya.
" Pukul sepuluh pagi tadi." Jawab saya.
" Apa khabar?Baik?"
" Alhamdulillah………."
Setelah itu saya menjadi bingung, tidak tentu lagi apa yang akan saya terangkan kepadanya.
Segala rancangan saya terhadap dirinya yang saya reka-rekakan tadi, semuanya hilang. Ia melihat
tenang-tenang kepada saya, seakan ada pembicaraan saya yang ditunggunya, tetapi kian lama
saya kian gugup, sehingga sudah lalu hampir lima belas minit, tidak ada diantara kami yang
bercakap.
"Mudah-mudahan kelak selamatlah, dan kerapkali datang kemari kalau masih di rumah"- katanya
pula; lalu ia berdiri dari tempat duduknya, kembali ke pekarangan belakang, ke dalam pingitan.
Saya pun berdiri saya ambil songkok saya sambil menarik nafas panjang saya pun keluar.
Dalam hati, saya teringat hendak menulis surat kepadanya akan ganti diri saya menerangkan
segala perasaan hati. Surat itu akan saya tulis dengan tulus ikhlas, tidak bercampur dengan kata-
kata yang dapat menyinggung perasaan hati, baik perkara cinta atau perkara lain-lainnya, apa lagi
surat itu tidak akan diketahui oleh orang isinya jika ditulis dalam bahasa Balanda. Tetapi
ha…saya tak sampai hati, sebab perbuatan itu hanya sehingga daerah persaudaraan antara adik
dan abang, tidaklah mengapa.
Tetapi adalah saya ini seorang yang lemah, otak saya tak dapat mempengaruhi dan
mengendalikan hati saya, sepandai-pandainya mengatur dan menyusun kata, akhirnya tentu salah
satu perkataan di dalam surat itu terpaksa juga membawa erti lain, padahal dalam perkara yang
halus-halus anak perempuan amat dalam pemeriksaannya.
Cinta itu adalah " jiwa" antara cinta yang sejati dengan jiwa tak dapat dipisahkan, cinta pun
mereka sebagaimana jiwa, ia tidak memperbezakan di antara darjat dan bangsa, di antara kaya
dan miskin, mulia dan papa demikianlah jiwa saya, diluar dari pada resam basi, terlepas daripada
kekang kerendahan saya dan kemuliaannya; saya merasainya, bahawa Zainab adalah diri saya,
Saya merasai ingat kepadanya adalah kemestian hidup saya. Rindu kepadanya membukakan pintu
angan-angan saya menghadapi zaman yang akan datang.
Dahulu saya tidak pedulikan hal itu, tetapi setelah saya besar dan berpisah daripadanya, barulah
saya insaf, bahawa kalau bukan di dekatnya, saya berasa kehilangan.
Mustahil ia akan dapat menerima cinta saya, kerana dia langit dan saya bumi, bangsanya tinggi
dan saya daripada kasih sayang ayahnya. Bila saya tilik diri saya, tidak ada padanya tempat buat
lekat hati Zainab. Jika kelak datang waktunya orang tuanya bermenantu, mustahil pula saya akan
temasuk golongan orang yang terpilih untuk menjadi menantu Engku Haji Jaafar, kerana tidak
ada yang akan dapat diharapkan dari saya, tetapi tuan…. Kemustahilan itulah yang kerapkali
memupuk cinta.
Setelah puasa habis, saya kembali ke Padang Panjang. Sebelum berangkat saya datang ke
rumahnya menemuinya, menemui ayah dan ibunya. Daripada ayahnya saya dapat nasihat; "
Belajarlah sungguh-sungguh, Hamid, mudah-mudahan engkau lekas pintar dalam perkara agama
dan dapat hendaknya saya menolong engkau sampai tamat pelajaranmu….."
" InsyaAllah Engku"- jawab saya.
Setelah itu saya berangkat; seketika saya melengung yang penghabisan ke belakang; kelihatan
oleh saya Zainab berdiri di pintu tengah, melihat kepada saya. Di situ timbul pula kembali sifat
saya yang pengecut; saya mengadap ke muka dan saya pun pergi……

Post a Comment